Bagaimana Ianya Bermula

Sesungguhnya hidup ini penuh dengan ujian. Namun manusia dibekalkan dengan akal dan iman bagi menghadapi segala masalah yang mendatang. "Don't be part of the problem, be part of the solution."

Sunday 6 November 2016

Menjelang Persaraan

Menjelang persaraan dalam tempoh dua tahun ini, banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum menempuh alam persaraan yang tentunya berbeza dari alam pekerjaan. Perancangan awalnya hanya tahun depan sahaja, aku perlu bersara namun khidmat bakti masih diperlukan, aku gagahkan juga untuk terus berkhidmat sehingga benar-benar khidmat tidak perlu lagi atau sudah ada pengganti. Bagaimana alam persaraan? Tentu seronok agaknya. Ramai rakan sebaya telah pun bersara. Mereka kebanyakannya telah cukup perkhidmatan 30 tahun sebagai penjawat awam. Aku? Umur je cukup tapi tempoh perkhidmatan tak cukup. Itu tak menjadi hal yang penting umur cukup dan bersedia untuk bersara.

No comments:

Post a Comment